Tips Save Bajet Kahwin
December 31, 2015assalamualaikum semuaaa *tak jawab dosa, kalau jawab sayanggggg*
okay, tagline maria elena zarul, siapa tak kenal kan ? youtuber and blogger. haha
sekarang aku nak cerita pasal save bajet kahwin. kenapa? sebab akhir-akhir ni, kawan aku banyak dah tunang, banyak dah kahwin. baru umur 19tahun, muda kan? em, esok dah alam 20-an dah. selamat lah pada yang sebaya dengan aku. haha. k jangan gelak, serious. senyum. haha. okay lah, mungkin diorang ni jdoh dah seru awal. waktu memuda ni. lain lah aku ni, tak ada sesiapa yang berkenan. tak lah hot mana sampai ada bf. hiks.
so, berbalik pada tajuk kita, TIPS SAVE BAJET KAHWIN. sekarang ni kan ekonomi tengah gawat. so, aku memudahkan korang je mana yang nak kahwin tu. tapi, kalau kau jenis ada duit nak mewah. sukatilah kan. tapi benda ni cuma duniawi dan sekejap je. pada aku, lebih baik kita buat SIMPLE tapi MERIAH. bukan MEWAH tapi HAMBAR. faham? kau dapat tu?
okay, first of all. WAJIB buka akaun bank baru KHAS untuk KAHWIN.
kalau, korang tak buat macam ni, mesti korang akan rasa beban dan tak tahu nak seluk mana duit kalau tak ada. pada yang bekerja mewah tu, save lebih sikit kat tabung. sebulan 200-500 okay lah tu kan? janji masuk. make sure anggaran masa dan simpan duit tu tepat. tak kan nak kahwin esok baru nak buat hari ni. haaa, jangan bang kak, jangan.
second, ELAKKAN *jangan* BERBALAS HANTARAN DENGAN HARGA YANG MAHAL.
haaa, yang ini, benda paling famous lah kan dikatakan sekarang ni, dekat sini lah nak menunjukkan kita ni kaya ke miskin, branded lah loaded lah. dehell guys? tak payah tunjuk lah, setakat kau dengan suami je tahu kau mampu dah lah. buat apa tayang. kan? benda macam ni silalah JANGAN buat.
SEKRANG ni, PEREMPUAN (wanita) suka sangat minta HANTARAN TINGGI. mahu dalam 12k keatas. buat apa kak? kesian cik abang tu. FAHAM TAK? PIHAK LELAKI PUN NAK BUAT KENDURI, INGAT 12K NAK TANGGUNG KAU PUNYA MAJLIS KE? kesian lah kat majlis pihak lelaki. haih, tolong lah consider kak. kakak semua ada family, minta diorang sponsor. kadang tu, PEREMPUAN SUKA MINTA HANTARAN IKUT GRADE DIA. kalau SPM 5k, DIPLOMA 9k, kalau DEGREE 12K. haih, sebab tu, ramai WANITA MASTER kurang diperhatikan dari segi perkahwinan ni. emmm, wallahualam, jauhkan.
actually, hantaran ni hanya lah hadiah daripada pihak lelaki, yang wajibnyaaa mas kahwin. nampak tak?AKHIR ZAMAN? dahulukan adat daripada yang WAJIB? *maaf, aku emo*
okay, next, ELAKKAN MEMBAZIR PADA KAD KAHWIN.
okay, sekarang ni, zaman berlumba lumba kad. aduh makkk, tak payah nak kad kahwin mewah. sebab ? sebab ke tong sampah juga akhirnya. sekarang ni, baru-baru ni aku dapat kad kahwin berwarna-warni sampai bau wangi pun ada. tapi belum dapat yang berlagu lagi. haih kalau dapat tak tahu lah kaya mana dia. jemputan 1000. kad kahwin yang wangi sekeping 70sen. hah, kali kan lah sendiri? dah berapa ribu kau habiskan dekat kad. kertas A4 pun tak apa. BUKAN PADA KAD NAK MENUNJUKKAN KEIKHLASAN, tapi NIAT yang baik, InshaALLAH semua dipermudahkanNYA.
then, BELI BARANG KAHWIN KETIKA SALE.
okay, ada yang kata, "nak juga branded, seumur hidup sekali" okay lah bagi lah dia chances, kesian tengoknya. so, korang semua beli lah waktu MEGA SALE. make sure, SALE YANG GILA-GILA SALE. takat ambik 10% alaaaaa, tak luak mana harganya. huhu
last but not least, GUBAH SENDIRI HANTARAN.
part paling aku suka, sebabnya time ni lah nak tunjuk skill yang kita seorang yang kreatif. family aku semua pandai, so tak payah lah nak bersusah payah upah orang lain. Alhamdulillah Allah Kurniakan Family macam ni dekat aku.
DAH KAHWIN? SELAMAT DAH DIIJAB KABULKAN. SO APA LAGI? BYEEEEE
EHHH, nanti duluuuuu. lajunya Kak Chik ni. tak nak bulan madu ke? ala honey moon. hihihi senyum pula diaaaa.
haaa, kepada semua yang nak berbulan madu, tak payah lah nak keluar negara. nak ke luar negara tu, lepas kahwin bincang dengan suami. kumpul duit sesama. nak berbulan madu tu, bercuti lah dalam malaysia. masih banyak lagi tempat khazanah yang korang tak tahu dan pakej yang berpatutan harga lumayan.
kalau rasa bertuah sangat, why not CUBA MASUK PERADUAN PAKEJ BULAN MADU. hehe
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SEMUA YANG NAK KAHWIN
xoxo,
fanrdh/ika
4 say something :
Kalaulah semua gadis2 having this kind of thought kan bess.. haha.. Jimat di hari persandingan.. have more saving for future.. Happy new year btw.. MD singgah and follow sini =)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Hihi. In Sha Allah masih ada lagi yang ramai macam ni. Hehe. Happy new year too and yes, tq so much. Will follow u back . ;)
DeleteWah! Sangat berguna tips ni! Thanks! Btw, Happy New year!! :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Hihi. Thanks for read my entry. Happy new year jugaaa. ;)
Delete