Random #2

December 20, 2015

"naik ERL dah mahal lah sekarang, baik aku naik Komuter jelah, murah sikit kot" Syarifah Husna memandang jam ditangan kirinya sekilas. dan melangkahkan kaki dengan laju, takut terlepas waktu komuter. waktu orang habis kerja ni, memang penuh. sesak pula tu.

Setelah membeli tiket, sempat dia mengucapkan syukur sebab dia masih ada 15 minit lagi untuk menunggu komuter sampai. daripada kl sentral ke bandar tasik selatan. Syarifah Husna berdiri di tepi garisan yang telah dipenuhi ramai orang yang pulang daripada kerja.

sesekali sempat Syarifah Husna membetulkan tudungnya, dan beg yang digalas. maklumlah, orang nak balik rumah  kena lah bawa banyak sikit barang. 

setelah 15 minit berlalu, Komuter yang ditunggu tiba. 

"mak aihhh, ramainyaaa orang pusu-pusu. kalau ye pun nak balik, ikut lah adab sikit. yang keluar didahulu, haish" monolog Syarifah Husna. nak dimarah, takut kena pula nanti dia. satu lawan seribu. mana mampu. haha

"bismillah..ya Allah" dengan kaki kanan dia masuk ke komuter. nak duduk memang tak dapat lah. nak bergerak pun susah ni. haa, akhirnya dia terpandang satu tiang yang kosong. 

dia bergerak dalam keadaan sesak dan terus ke tiang tu. dann... 

"opps. maaf." sebut satu suara yang Syarifah sendiri terkesima seakan kenal suara itu. 

dia mendongak, lelaki didepannya memegang tiang yang sama dengannya. tinggi. dan sekali lagi Syarifah Husna terkejut dengan apa yang dipandang nya. ya. satu suara yang sudah lama tak dengar. muka yang sudah lama tidak dijumpa nya. 

dan hari ni, hanya kerana tiang kosong di komuter. dia terjumpa jejaka idaman nya semenjak dari sekolah lagi. 

"excuse me?" lelaki itu bersuaara. 

"opss, maaf. saya tak sengaja" dah kenapa aku ni tetiba cakap sorry? Syarifah tersedar daripada lamunannya.

"no, it's okay, not your fault. if i'm not mistaken. you are Syarifah Husna Syed Majid. Aren't You?" lelaki di hadapan Syarifah husna bertanya sambil membetulkan rambutnya. nampak kemachoan nya disitu. mana tak jatuh cinta Syarifa Husna sejak dulu.

'gotcha! dia ingat aku. maksudnya memang dia lah orangnya' detik hati Syarifah Husna.

"yes, so you are Iqbal Harith right?" tanya Syarifah Husna yang sudah berdebar-debar. mana tidaknya jejaka idamannya mula muncul di komuter. 

"yes, Na buat apa dekat sini? belajar mana?" tanya Iqbal Harith.

'hhaih, lah mamat ni, daripada dulu memang dia seorang jelah yang panggil aku Na. yang lain semua panggil Syarifah la, Ipah lah, ini yang buat aku cair lagi sekali'

"oh, Na nak balik rumah ni, belajar dekat UiTM Seri Iskandar, Iqbal kat mana? ni nak balik mana? " Syarifah bertanya.

"wah, bagus lah. Iqbal tadi dekat KL Sentral, nu Sentral kejap. tak sangka pula jumpa kawan lama. makin comel Na ni." puji Iqbal. 

"Adududu Iqbal, ada-ada jelah awak ni Iqbal. Na biasa-biasa je. Alhamdulillah." Syarifah dah kembang setaman sebenarnya tu. jejaka idaman puji. mana taknya. 

"haha, malu lah tu. oh, ni Na nak pergi mana?"

"Na nak pergi bandar tasik selatan" jawab Syarifah Husna.

"kebetulan, sama pula. boleh lah kita bebual panjang." balas iqbal untuk mengelakkan jeda di antara kami. 

Syarifah Husna dah mula berbunga. "oh, Iqbal belajar mana sekarang?" 

"Iqbal belajar dekat KKTM Beranang je. boleh lah singgah bila free" 

"'InshaALLAH, wah KKTM tu semua budak oversea, MJII ke?" tanya Syarifah Husna.

"Alhamdulillah, boleh lah." balas Iqbal. 

"wah, bila pergi? " 

"InshaALLAH, tahun depan. em, Na bagi lah nombor Na. kot-kot Iqbal ke Perak boleh jumpa" 

Heish, Iqbal ni, macam buat aku jatuh hati pula.

"oh, okay boleh." Syarifah mengeluarkan handphone dan akhirnya mereka bertukar nombor telefon.

tiba-tiba, kedengaran announcement mengatakan mereka sudah sampai ke detinasi yang dituju.

to be continue...Part 2

You Might Also Like

10 say something :

  1. Huissshh UiTM Seri Iskandar? Ambil kos apa? Hahahahaha kalau ambil arkitek sama dengan sahabat miza kat sana. Tetibe XD Hahahha Terbaik ahh fan dah start tulis cerita. Kipidap babe wa sokong lu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay, assume je dia ambik arkitek that girl. fan dekat uitm tapah. bawah seri iskandar. hahhaa

      Delete
  2. Replies
    1. waalaikumsalam. wah handal. orang banjar meniring blog bat ku.

      Delete
  3. salam, kak rehans singgah follow baca cerita skali :D

    ReplyDelete
  4. keren.. keren... sampai kebawa rasa bacanya.. :)

    ReplyDelete

SOCIAL MEDIA


MUSIC

Total Pageviews