Random #2 ; Part 3

February 04, 2016


-setelah setahun Syarifah Husna sebagai seorang mahasiswi sarjana muda lepasan matrik dan Iqbal Harith sedang membuat persiapan untuk ke luar negara-


       tak ada angin, tak ada ribut. tidak tahu mana gajah mana semut, tahu-tahu sahaja sudah meningkat dewasa dan hari-hari yang mendatang mendewasakan sikap Syarifah Husna dengan persekitaran yang di lalui. tapi, hatinya masih setia dengan Iqbal Harith. walaupun bukan setiap masa Iqbal harith bersamanya atau bermesej dengannya. kadang-kadang tu Syarifah Husna merasa dirinya seperti tepuk sebelah tangan yang tidak berbunyi, menampar pipi terasa peritnya. 

      umur pun baru nak masuk ke alam 21 tahun, tapi perasaan untuk mencari teman hidup semakin membuak-buak. adakah Iqbal Harith yang selama ini menjadi pujaan hatinya akan akhirnya menjadi temna hidupnya atau sebaliknya?

      sering kali kawannya menasihatkannya agar tidak terburu-buru tentang hal itu, kerana umur baru permulaan dewasa, itu hanya lumrah perasaan remaja yang banyak berhalusinasi dengan perasaan cinta. 

      One Fine Day may be hari ni, sedang ralit membaca novel dengan memintal hujung rambut nya, kedengar bunyi message masuk melalui gadget nya Syarifah Husna.

Dia mencapai hanya ala kadar, janji sampai je, tanpa melihat dan slide. 

"Hi, ¯\_(ツ)_/¯ " 

"what the.. omg, ibuuuuu, he texting me !" jerit Syarifah Husna mencampak novel yang baru dibacanya, sehingga hilang penanda buku. entah sampai mana dia baca tadi. dia sendiri tak ingat.

mana tidak nya, selepas sekian lama menyepi. tiba-tiba mesej datang seperti mendapat duit dari langit yang luas. 

nasib lah dia jerit tak ada siapa dengar. Adiknya, Syed Haider ke sekolah, parents pula kerja. dia memandang sekilas pada novel yang tercampak tadi. 

"ah lantak lah, nanti aku baca balik" Husna, Husna apa lah dia. hanya kerana message dah tak betul dah. semua senaman muncul ni lepas dapat message daripada Iqbal Harith. 

"nak reply apa ni, aduh mak. okay-okay, relax Husna, relax." Syarifah Husna bermonolog

"Hi..( ͡° ͜ʖ ͡°)"

sent !

"haha, too cute. Na, are u busy? can we meet?"

"god ! dia ajak keluar? kenapa tetiba ni, aku dah dup dap dup dap ni"

"no, im free right now. when?"

"around 2?"

"okay then, where?"

sound serious, but still dup dap Syarifah Husna

"kedai mamak area round aboard ?"

"k, see u there"

message berbalas message, Syarifah daripada senam terus terbaring, memikir sejenak. 

"kenapa tiba-tiba sahaja je ni nak ajak jumpa. rasa macam lain macam je perasaan ni. "

"eh, pukul berapa ni? Ya Allah pukul 10.30, masak tak lagi, ja lagi ibu abah balik lunch"

sudah tabiat family ini, walaupun kerja tetap pulang untuk lunch bersama family, walaupun mereka boleh dikategorikan orang yang berada, tapi mereka tidak pernah mengupah maid untuk masakkan mereka. mereka hanya mengambil pak cik Zainal sahaja sebagai pemandu kereta untuk mengambil adiknya, Syed Haider pergi dan pulang dari sekolah dan sebagai pekebun. itu sahaja kerja yang dibuat. kadang-kadang pak cik Zainal merungut, kerja sikit rasa macam tak selesa bila dapat gaji banyak. 

nak buat macam mana kalau Tuan Syed Majid ni, baik orangnya. belum lagi Puan Lily Tan, lagi lah setiap hujung minggu mesti ada program yang dia buat untuk ibu tunggal dan warga emas. 

Syarifah Husna yang mempunya tiga orang adik beradik, merupakan anak kedua. abangnya Syed Haidar berada di London atas urusan kerja dan isterinya sambung master di sana. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


selepas siap semua, Syarifah memilih baju untuk keluar 'dating' katanya. rasanya, dahh masuk sepuluh kali buka tutup almari, tapi satu baju pun tak berkenan di matanya. ituah sikap perempuan, bila buka almari, memang susah nak decide baju apa. padahal bukan tak ada baju, banyak sangat bajunya tu.

akhirnya, Syarifah Husna hanya memakai baju ala kadar, janji cantik jelah. bak kata nya 'mamak je pun' entah bila lah mamak nak jadi malaysia. haha

Syarifah husna ke kedai itu hanya menaiki teksi sahaja, kerana  sekejap je sampai, dia  memang pemalas nak bawa kereta memandangkan waktu macam ni, ramai juga yang pulang lunch.

sampai sahaja ditempat yang dituju, syarifah Husna membelek bajunya nya dan membetulkan shawlnya ala kadar, walaupun tak ada yang cacat cela nya. biasalah, perempuan pantang nampak sesuatu benda yang reflek wajahnya pasti akan membetulkan tudungnya.

di meja situ, ternampak kelibat Iqbal harith yang sedang melambai ke arahnya, Syarifah Husna melemparkan senyuman manis buat si Uda di sana.


"Na, nak air apa?" tanya Iqbal Harith kepada Syarifah Husna.

"no, it's okay, Na minum air kotak je, nanti Na ambil lah" balas syarifah Husna.

"ada apa Iqbal tetiba je ajak keluar ni? ada pape ke?" tanya Syarifah Husna ingin Tahu.

"saja, tak boleh? ingin melihat ciptaan Allah di depan mata ni." lembut sahja liidah si Uda menarik perhatian si dara depan mata.

"ee, merepek lah Iqbal ni, main-main pula." balas Syarifah Husna sudah kemerahan pipinya menhan malu. mana tidaknya, lelaki idaman nya sedang memuji.

lebih-lebih lagi, si lelaki berada depan matanya, bertentang mata, bercakap.

"haha, malu pula  Husna ni, Iqbal cakap benda yang betul.'

"okay lah Na, straight to the  point, Iqbal nak minta tolong Na sekarang ni. tapi Na kena temankan Iqbal ke satu tempat tu dulu lah. boleh?"

Syarifah Husna mengangkat kening seperti yang telah dijangka, pasti ada yang tak kena. andai yang baik, dia berdoa agar terus baik, andai sebaliknya dia memohon agar dijauhkan.

"boleh tak Na?" Iqbal secara spontan menggoncang tangan Syarifah Husna dan tindakan akar refleks mengenjutkan Husna dan menarik tangan nya daripada genggaman Iqbal Harith !

"ops, maaf Husna, spontan Iqbal tak sengaja."

"okay."

"so macam mana?"

hendak dikata tidak tapi mulut sudah berbicara dahulu " okay, Jom"

Iqbal Harith sudah tersenyum kemenangan. berjaya memujuk si dara untuk menemaninya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



sampai sahaja ditempat yang dituju, Syarifah Husna jadi pelik.

"nak buat apa kita ke sini Iqbal?"

"kalau dekat kedai emas boleh beli ikan, agaknya ikan emas je yang dijual kan Na?" gurau Iqbal Harith sambil tersengih.

Husna sudah tergelak "yelah, saya tahu. tapi untuk apa? Iqbal nak belikan untuk ibu iqbal ke?"

"emmm, turun kereta dulu okay sayang? baru Iqbal bagitahu."

'sayang? apa Iqbal ni? tiba-tiba sayang pula, sudah-sudah lah bagi nama Na ni nak panggil sayang pula'  hati berbicara ke hati. tetapi hati nya sedang berbunga-bunga sekarang ini.

"Na, terjegat apa lagi tu? sini la" panggil Iqbal harith.

"okay, sekarang Na pilih mana yang Na suka? and try. Iqbal tunggu"

Syarifah Husna terkesima, kerana dia yang kena memilih barang kemas. dia bingung dengan Iqbal. kenapa?

"kenapa Iqbal nak belikan untuk Na pula? tak nak lah Na."

"no,no, you have to sayang. come on pick one." suruh Iqbal lagi.

"amoi, u nak macam mana? sini yang baru." tanya perempuan berbangsa cina itu kepada Syarifah Husna.

Syarifah Husna memandang Iqbal Harith untuk penjelasan. tapi Iqbal memberi isyarat utuk pilih dulu, baru dia explain. Syarifah Husna hanya akur sahaja.

dan akhirnya dia memilih salah satu gelang.dia sendiri tidak tahu kenapa dia lebih suka memilih gelang daripada rantai dan cincin.

"wahh ini amoi pandai pilih ma, cantik. em lu sangat beluntung lo dapat amoi macam ni, mau kahwin ke?"

nyonya itu memuji Syarifah Husna yang pandai memilih sesuai dengan gayanya.

'memang lah kau puji, dah aku pembeli dekat kedai kau' Syarifah bermonolog seraya memberi senyuman yang nak tak nak je dan memandang Iqbal Harith dengan pertanyaan nyonya itu.

"oh, tak lah. ni kawan saya, temankan je untuk pilih." balas Iqbal Harith sambil menghulurkan not duit untuk membayar.

"okay, thank you yaa amoi" setelah membayar mereka cepat-cepat masuk ke kereta,

sesama sendiri diam tidak berkata. seorang ingin memulakan dialog seorang lagi sedang menunggu penjelasan.

dan akhirnya, si tewas yang memulakan bicara.

"thanks Na sebab pilih kan untuk Iqbal. cantik. pandai Husna pilih. mesti dia suka" Iqbal harith terdiam setelah terlepas perkataan 'dia' . husna sudah berdebar-debar. adakah mungkin ini perasaan nya?

"dia? siapa dia? " tanya husna agak tinggi untuk tahu tambah pula sedang terkejut tapi masih boleh dikawal.

"emmmm, dia la." iqbal seperti mati kutu bila diacukan soalan begitu oleh Syarifah Husna.

"siapa? Iqbal ni, terus terang lah. main-main pula." hati sedang turun naik menanti jawapan tapi masih bereaksi kool. masih bersabar, tak panas lagi mata nampaknya.

"Husna tak kisah ke kalau iqbal bagitahu?"

eh Iqbal ni, main tarik tali pula dengan aku. aku dah tak keruan dalam kereta dengan kau.

"lah, cakap la. Iqbal nak tunang eh? bila?"

"haah, Na Iqbal nak tunang sebelum flight ni. Iqbal dah jumpa dah siapa gadis yang Iqbal cari selamani, depan mata je." balas Iqbal tapi persoalannya sedang bermain di fikiran gadis disebelahnya.

terpanar ! jantung seakan berhenti ! terkesima !

itu sahaja reaksi nya.

"siapa nama dia?" tanya Husna yang tidak sabar, tidak mungkin dia.

"nama dia Intan Amira !"

pap ! seakan gajah yang hempap bukan bunga yang bersinar. hanya tuhan sahaj yang tahu. Syarifah Husna sudah seram sejuk. tetapi masih beriak bersahaja.

"oh. Tahniah Iqbal. kenapa tak bagitahu awal-awal tadi? mesti Husna cari kan yang lagi cantik seperti nama tuannya."

Syarifah Husna masih bersahaja dan pandai berbual kencang. sewaktu ni, hati sudh seperti disiat-siat.

"Na tak marah ke? tak kecil hati?"

"kecil hati? untuk apa? kita bukan ada pape pun kan? Iqbal nak tunang, Na tumpang gembira lah."

"thanks Husna" seklai lagi tangan Husna dipegang. entah dengan sengaja atau tidak. Husna secara refleks menarik.

"maaf  Na, Iqbal tak sengaja. Iqbal sepontan je tu, gembira sangat. Im sorry"

"oh ya, dia pun flight juga?" Syarifah rasa hendak turun sahaja di sini. tapi masih kawal. kawal. ahhh, perempuan, hati ini sellau dipermainkan oleh lelaki. kenapa kau lembut sangat hati. jangan mudah goyah hati.

Husna berdoa dalam dia minta diselamatkan.

"oh dia? Intan Amira? yes, dia pun flight tapi ke Switzerland"

"oh"

sunyi.... sepi.. dan penyelamat datang.

bunyi hand phone Syarifah Husna memecahkan kesunyian itu.

"helo, waalaikumsalam. ye ma?"

"oh, okay."

"angah tunggu dekat KL sentral okay ? bye ma."

Puan Lily Tan lah penyelamat suasana itu. doanya dimakbulkan Allah.

"why? something rush ? "

"oh, yaa. my mom nak makan luar, katanya dancari barang. dekat rumah tak ada siapa. sebab Haider pak cik Zainal dah hantar Haider dekat mama"

"dropkan Na dekat station train terdekat jelah. nanti Na ke sana"

bohong Husna, Puan Lily Tan hanya memberitahu yang dia kerja separuh hari. dan rekaannya untuk ke KL Sentral adalah untuk mengelakkan daripada hati yang sedih. dan mahu lari kemana pun. tak nak lagi duduk dalam kereta ini. terasa panas walaupun air condnya sudah ketahap maksima.

"okay then, Na, please jangan ambil hati. atau jangan terkecil hati, bukan niat Iqbal nak mainkan Na. tapi Na je kawan perempuan yang Iqbal rasa boleh bantu Iqbal cari cincin ni' terang Iqbal.

'what the.. kau tahu tak aku ni dah tergila-gilakan kau? tapi kau sendiri tak nampak. cantik sangat ke Intan Amira kau tu?' maki si Syarifah Husna kepada Iqbal Harith

"eh, tak lah apa Iqbal ni. okay berhenti sini. thanks Iqbal. Tahniah Husna ucapkan. selamat jalan ke Jepun Iqbal. Assalamualaikum." terus sahaja Syarifah Husna menutup pintu tanpa mendengar setia kata daripada si dia.


"Na !" jerit Iqbal Harith dari dalam kereta. namun hanya sia-sia.

Syarifah Husna terus belari ke station tren tanpa berlengah masa kerana hatinya sedang sakit! dihiris ! dikhianati ! mugkinkah ini salahnya yang tidak memberitahu tentang perasaan nya? atau ini memang permainan seorang yang bernama lelaki?

air mata yang sudah lama ditahan akhirnya gugur jua.



to be continue...



You Might Also Like

2 say something :

SOCIAL MEDIA


MUSIC

Total Pageviews