Nasi Arab Periuk Dessini Merah

November 15, 2020

 Hi, Assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab sayang. 

sihat ke semua ? maaf lah dah berapa minggu tak blogwalking, tak update. tapi, kalini kak ika nak bagi resepi NASI ARAB PERIUK DESSINI MERAH, haha amekkk kau!! 

benda ada, kena tunjuk, tak ada jangan iri hati, hahaha. k gurau je geng. senyummm sikit, ahh comellnyaaaaa. auumm !! hahah🐯

                                  

ceritanya, hari jumaat kelmarin kak ika cuti, so kakak pula suruh kak ika masak nasi Arab. ni kira first time juga la cuba. hahhahaa. tak tahu la menjadi ke tak kan? kita cubaa je. ikut resepi google. haha


so, BAHAN-BAHAN nya ialah :-




  • wajib periuk Dessini MERAH. haha tak lah gurau. periuk besar je geng. janji muat.  

  •  AYAM
  •  TOMATO 
  •  BAWANG BESAR
  • TIMUN
  •  LEMON
  •  BERAS BASMATHI PANJANGGGGG
  • MADU 
  • MINYAK GHEE
  • KIUB AYAM
  • BIJI KETUMBAR, LADA HITAM, JINTAN
  • CILI MERAH DAN HIJAU 
  • SERBUK KUNYIT 
  • DAUN KETUMBAR 

 OKAY, itu antara bahan asas yang perlu korang semua perlukan. sediakan dulu. next, kita buat NASI dan STOK AYAM. 


okay, sebelum kejadian dekat atas ni. KORANG PERLU RENDAM BERAS BASMATHI SELAMA 30 MINIT 

untuk kejadian dekat atas ni, korang memerlukan 

-ayam
-kiub ayam
-cili merah + hijau (potong 4)
-jintan
-lada hitam
-ketumbar
-bawang (potong 4)
-tomato (potong 4)

apa lagi? haaa masukkkkk !!!! haha. masuk semua nya. rebus sampai dia jadi separuh empuk ye. 

Sesudah itu, angkat la anda punya ayam kedalam bekas. LUMURKAN MADU DAN SERBUK KUNYIT pada ayam tersebut. 

ambil periuk dessini anda, untuk pergi ke seterusnya iaitu, kejadian NASI ARAB

-minyak ghee dipanaskan
-tumis jintan, lada hitam, ketumbar sampai naik bau. 

suka untuk kak ika ingatkan. campak je, sepandai-pandainya. jangan lupa BASMALLAH + SELAWAT
inshaALLAH, semuanya menjadi. dengan izin ALLAH. 

okay, dah naik bau? masukkan beras tadi yg dah direndam selama 30minit. 
jika beras 3 pot, air stok ayam 4 pot. begitu la. atau 3 setengah pot. macam nanak nasi biasa. pandai kan? hehe. 

gaul la beras dengan bahan tumis tadi selama 1 minit. lepastu, korang masukkan air stok ayam tadi. dengan bahan-bahan yang ada dalam stok tadi. letak garam ke perasa ke, lepastu letak ayam. tutup periuk mahal kau tu, hahahha


next, bila nasi dah siap. letak daun ketumbar untuk naik bau


seterusnya sambal dia. sorry geng, sambal tak jadi. terletak air. hahhaa. 

-cili merah
-tomato
di blender dedua, TANPA AIR. hidang atas magkuk dan perah lemon dan garam. siap.

untuk sayur pula, 
-tomato
-timun
-bawang
buang biji, potong dadu. letak lemon dan garam. siap.

itu saja daripada saya, kak ika yang comel macam shizuka. tak percaya? betul la. hahha. selamat mencuba. jangan lupa, selawat setiap kali masak. 
sincerely,
kak ika diyy



You Might Also Like

7 say something :

  1. Waalaikumussalam. hehe nampak sedapp. lagi sedap kalau makan reramaii. sangat enjoy heheh btw. alhamdulillah sihat. stay safe kak ;)

    ReplyDelete
  2. wahhh..nampak sedapla..

    thank u follow blog sy.. baru hari ni dapat terjah sini sbb x jumpa link blog terpaksa google baru jumpa blog hehe

    ReplyDelete
  3. Allah sedapnyaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tolong masakkan untuk kita pleasee

    ReplyDelete
  4. wahh buat sendiri.. bestnyaa pandai masak ni..
    kalau saya hehe tak menjadi la..

    ReplyDelete
  5. Act, lately ni teringin nasi arab.. after tgok ni... rasa nk nasi arb skrg juga!!!!

    ReplyDelete
  6. AJO_QQ poker (k)
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!! :d
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856 ;-)

    ReplyDelete

SOCIAL MEDIA


MUSIC

Total Pageviews